Tuesday, November 15, 2011

monoton

kerja kerja kerja..
aca kerajaan kerja..
1.4.2.3

kerja kerja kerja..
kerja kerajaan aca..
2.3.1.4

semakin dekat semakin jauh..
degupan jantung yg hambar
hampir bukan berdetik utk aku lagi

1 ada 2
2 belum lagi..

hati yang diracuni fatamorgana,
yang asalnya satu terbahagi dua
menjadi satu kembali kini kosong hanya
MONOTON utk kerja..

1.2. aku buang kanan kiri jalan berduri,
hanya untuk ini..





Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
slagi hayat di kandung badan..

Tuesday, July 5, 2011

Paling panjang

jam yang tertera kat laptop skang
6.30pm
05-Jul-11

nak tunggu pukul
7.00pm
05-Jul-11

yang akan mengubah hidup aku selama-lamanya..
30 minit yang sangat panjang dalam hidup..

siapa aku selepas ni?
hanya garis halus yang memisahkan
antara;
yang terbaik dan yang terburuk

Wednesday, June 29, 2011

...kerana telinga saya tak perlukan kaler

kerana telinga aku tak perlu warna..

kenapa?
sebab NOKIA 1280 dipersoalkan
xde lagu, xde kaler pun,
jauh lg kamera..

tak ikut trend?
apa trend?
aku tanya hang,
mahu atau perlu?

tak boleh BBM?
itu ko punya pasal..
perlu ke aku beli BB semata utk BBM ko?
dari contoh phone aku ni,
itulah kehidupan...

mari saya kongsi cerita,
kisah seorang bapa, anak dan seekor keldai tua,

bapa membawa anaknya mengembara,
anak naik keldai, bapa jln kaki
lalu tiba disebuah kampung..
org kampung pun berbunyi
"celaka punya anak, bapanya disuruh jln kaki"

lalu anaknya turun, bapanya tunggang keldai
meneruskan perjalanan ke kampung seterusnya
"takguna punya bapak", org kampung ke-2 tu berbunyi
"anaknya disuruh jln kaki, dia senang naik keldai"
sambung mereka lagi..

untuk perjalan seterusnya, anak, bapak, keldai, semua jln kaki..
sampai dikampung seterusnya, mengata lagi orang kampung;
"apekebendala anak beranak ni jln kaki.. ada keldai naik la"

oklah, anak beranak naik keldai tersebut utk teruskan perjalanan,
setibanya dikampung ke-4 ada pulak bunyi begini
"manusia zalim, keldai tua ditunggang berdua, apa punya perangai"

ok, sampai sini.. apakah tindakan bapa dan anak tersebut?
anaknya masih terpinga, bapanya senyum tenang;

untuk perjalanan seterusnya, mereka pun pikul keldai tua tersebut,
sampaila ke kampung seterusnya, untuk di kampung ke-5 tersebut,
anda tau la apa yang orang kampung tu kata..

maka baharulah bapa budak tu berbunyi..
"anak ku, sengaja aku buat begini, sebab aca pernah bagitau aku,
bezakan manusia samada org itu betul bodoh, buat bodoh atau
buat-buat bodoh, dan kalau kita rasa kita pandai, tak semestinya
org lain bodoh"
sambung bapanya;
"anakku, itulah manusia.. kita takkan dapat puaskan hati semua
orang, maka pedulikan, kita takkan dapat puaskan hati semua org,
dan semua org takkan dapat puaskan hati kita"

moral of the story;
don't buy people.. berapa banyak wang diperlukan untuk 'membeli'
hati orang lain?

kalau mampu beli pun, berbaloi ke der?????

p/s:
aku tak tau la dunia mu,
tapi dunia ku bukan dunia mu,
lantak la kalo ko rasa
dunia mu itu duniaku,
tapi silap la ko kalo ko rasa
duniaku ini duniamu


tumpang kata-kata mama saya jap:
People are made to be Loved
and Things r made to be Used.
The confusion is in the World
because People are being Used
and Things r being Loved.

Tuesday, June 28, 2011

Lagi... Skali...

Hai,

aku tersenyum hari ni..
dah seminggu aku tak boleh tidur..

serius..
ada la 2 jam terlelap sehari..
selebihnya terkebil-kebil..

Baru 3 hari lepas aku 'menangis',
senak sesak..
tapi,
semalam macam ada sinar harapan..


Kata-kata keramat yang pernah dibisik
Sayup disisi telinga kanan,
"Kadang-kadang, tuhan sorokkan matahari,
lalu berikan kita hujan, sebenarnya
tuhan nak berikan kita pelangi"

Baru 3 hari lepas aku 'menangis',
senak sesak..
hari ini Isra' Mi'raj,
pagi aku dirahmati hujan,
kerana semalam penuh tragedi,
jadi hari ini,
jangan bagi aku 'menangis' lagi..

akan aku tekankan sekali lagi,
sila bezakan antara aku;
bodoh, buat bodoh, atau buat-buat bodoh..

Kerana sekarang makin sesak nafas,
memikirkan semalam yang berlalu,
adakah itu anugerah atau ujian..

p/s: aku tak takut mati,
tapi jgn ada org akan mati ditangan aku

Monday, June 20, 2011

Dengarkan

Dengar tak?
Dengar kan..
Dengar tak?
Dengar akan jeritan batinku,
Dari celah hiruk pikuk realiti..

Sekarang, boleh aku tumpang ketawa?
Atau kamu yang menumpang ketawa?
Ketawa aku kerana apa?
Ketawa kamu kerana apa?

Bila mengangis, tetap sendiri,
Maka ketawa kita kerana apa?

Aku bersyukur kerana kamu ada,
Tolong hargai ketika aku masih ada..

Ya Allah....
Aku mohon ketabahan..
Aku mohon keberkatan..
Aku mohon keampunan..

Drama susah hati

mengintepretasi teori spekulasi..

antara ikhlas, jujur, telus dan tulus...
hanya yang mulus dicari..

antara jahat atau salah,
antara baik atau betul,
biar jahat berniat baik,
jgn baik berniat jahat..

sini ada cerita,
mengenai sang hati mengenali sang hati..
maka wujud teori spekulasi,
perasaan ku tentang perasaan mu,
terhadap perasaan ku..
atau mungkin sebaliknya..

sila bezakan antara..
bodoh, buat bodoh dan buat-buat bodoh,
kerana anda hanya menunjukan kebodohan diri sendiri kepada saya..

Thursday, May 26, 2011

Halusinasi Halus

Ilusi masa silam yang
mengekori rentetan masa depan

yang lepas sudah bercerita,
yang datang menyusun plot,
hari ini untuk hari ini...

Persetankan yang dulu,
persetankan yang sekarang..
Pokoknya hati,
membenci atau dibenci,
menghasut atau dihasut,
yang datang untuk apa?
yang pergi kerana apa?

yang terindah yang tak terendah..
senang dapat senang pergi,
yang berharga yang tak hargai..

Gema alam, gegak gempita menjerit sunyi,
Membuat kita lupa,
yang perbuatan itu merupakan satu doa..
Doa, satu-satunya milik kita,
dunia sampai akhirat..

Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Mengasihani,

Redhailah jalan sulit yang Kau beri ini..
Pinjamkan aku sedikit
zat kekuatan Mu Yang Maha Besar,
untuk ku teruskan skrip hari mendatang

.......
.......


Kalau kita nak tahu hidup kita di dunia ini berkat atau tidak, tengoklah siapa yang datang pada hari kematian kita dan siapa yang menghantar kita ke kubur.

-Hakim Lokman-

Monday, May 9, 2011

qua sera sera

mungkin kali ni mungkin berbeza...

pernah tengok platform financial market tak?
saham, forex, komiditi, dan tah apa apa lagi...

hidup memang begitu... (papan market)
hidup mencabar ini bermula 14 Jun 2008,
dah nak masuk 3 tahun, masih belum nampak jalan...
tapi bila dikenang balik, dah 3 tahun survive...
tapi bila di kenang kenang balik,
mampukah aku survive utk 3 tahun lagi,
3 tahun lagi untuk 30 tahun lagi... mungkin..

"hidup dgn apa yg ada, jgn cari apa yg takde"
kata-kata keramat dari seseorang yg aku pegang,
sampai kini... Alhamdulillah...

setiap langkah terasa makin perit..
byk sakit dari sedap,
bky pahit dari manis,
byk susah dari senang,
byk menangis dari ketawa...

tapi aku masih berpegang dgn 'BELUM'
setiap pagi aku bgn tidur dgn motivasi:
"sabar cha, belum sedap, belum manis,
belum senang, belum boleh ketawa..."

optimis.. bukan mengharap...
kerana kegagalan paling besar adalah,
TIDAK MENCUBA...

Tapi, andai aku mati...
Sebelum aku punya sesuatu,
Doa dan harapan ini hanya,
Waris keturunan ku
terpelihara, terjaga, terbela..

ekonomi masih disitu, masih begitu,
tapi anak nak masuk 2...
Hoyay... Saya happy...

Sebab entri ni bertajuk,
Qua Sera Sera
'what happen will be, will be'

ape nak jadi, jadilah...

Friday, May 6, 2011

Belum lagi aku menangis..

Bergerak,
Mulakan gerak,
Teruskan bergerak,
Jangan berhenti bergerak..

Walau belum nampak destinasi,
Walau belum tiba destinasi..

Malah,
Tak akan mampu untuk dicongak,
Jumlah titik keringat dan kudrat,
Jalan ditempuh penuh duri..

Malah,
Tak akan mampu untuk dicongak,
Waktu untuk tiba,
Jalan penghujung penuh cahaya..

Aca,
Tabahkan hati,
Tabahkan hati,
Tabahkan hati...


Hilangnya kewibawaan...

Terbang tinggi-tinggi, sampai hilang jejak bumi..
Selam dalam-dalam, biar gelap kelam..
Terbang lagi tinggi, oksigen...
Selam lagi dalam, oksigen..

Ego mu setinggi yg kau terbang,
Watak mu sedalam yg kau selam..

Kau ku beri hormat, tidak ku beri sanjung,
Kasih kerana ku kasihan,
Sayang kerana ku simpati,
Ikhlas tapi jauh..

kerana kau...
Punya moral tanpa punya sivik..

Lama-lama menyampah dowh..

Wednesday, May 4, 2011

Cerita cinta..

luluh hati ku sebentar tadi,
fikiran kosong.. sunyi, gelap, sepi,
macam baru lepas layan submarine,
menyelam dalam, melayang tinggi..

sekarang dah lain,
bukanya bos javanicus kakinya panjang ke bawah,
bukanya helarctos malayanus badannya tegap ke atas,
kurus melidi...

saat RSI menendang ke atas, kau naik lagi..
berita menentang hukum tabii..
haruskah aku mempolitikkan market?
atau market sedang politikkan emosi?

saat candlestick menggila..
aku hanya mampu memandang sepi...
disatu sudut mati...
kutu...

Wednesday, April 27, 2011

maruah ku maruah mu juga...

demi negara;
ramai nyanyi, tak ramai menghayati...

"negaraku, tanah tumpahnya darah ku..."


demi agama;
tak ramai mengaji, lagi sedikit yg mengkaji...

"Bismillahirrahmaanirrahim.. Alhamdulillahhirobbil aalamin.."


demi bangsa;
kenapa anak melayu ramai tak kredit exam BM?...

Text msg from Merry: Peah, mana awak? Sudah lama saya menunggu?
Text msg from Peah: jup la, aq bwu gwk jew ny, yg kw awal wat pew dowh?


Tidak kata seronok, jauh skali menyukai,
tapi lagi senang aku melihat zahir yg berkurangan..
dari 'maruah batin' yg tergadai...

sendiri punya pun susah jaga..
apatah lagi demi agama bangsa dan negara..

siri motivasi utk diri sendiri...

aku semai piperin dan capsaicin ini
bkn utk kau makan..
aku tak tahu la dunia mu,
tapi dunia ku bkn hanya utk dunia mu..
dan kalau ko rasa cili ku bkn cili mu,
yg ko makan sape suruh???
kau panas, kau kipas...
bukan salahku bila
Saraf trigeminal kau menggila
-aca 26.4.11 1932-

membezakankan; dan ; atau

membezakan antara tuah dan nasib..
menbezakan antara bukan rezeki dan belum rezeki..
membezakan antara propaganda dan spekulasi..
membezakan antara naluri dan emosi..
membezakan ikhlasnya senyuman dan telusnya hati..

tuah bukan rezeki, ikhlasnya senyuman propaganda emosi..

nasib belum rezeki, telusnya hati naluri spekulasi..

secebis kamus diri dalam mengACAkan aca...


Siri Sindiran Sinis Untuk Diri Sendiri (himpunan motivasi diri hari ini)

otak kanan: yang tersurat itu sulit
otak kiri: yang tersirat itu sukar
otak kanan: suluhkan jalan? ku tak punya pelita
otak kiri: kaki terikat disuruhnya berjalan tangan
otak kanan: kan masih punya medula oblongata
otak kiri: pale hotak ko...
otak kanan: vestibular?
otak kiri: yang dari utrikulus dan sakulus tu?
otak kanan: yang sukar itu berat
otak kiri: yang sulit itu kompleks

Ya Allah, aku bersyukur kerana jalan ku berduri,
mengajar aku menjunjung, langit dibumi terpijak...

Sunday, April 24, 2011

hutang budi ku bawa mati...

Yang menang takkan dapat semuanya..
yang kalah takkan hilang semuanya..
-Tun Mahathir

Pisang emas ku bawa belayar,
Masak sebiji makan sendiri,
Hutang emas InsyaAllah ku bayar,
Hutang budi ku bawa mati...

HUTANG BUDI BAWA MATI
h u t a n g b u d i b a w a m a t i
i.t.a.m.a.w.a.b.i.d.u.b.g.n.a.t.u.h

kenapa aku ulang? kenapa aku terbalikkan?
mendalam maksudnya, lalu aku pandang dari sudut berbeza..
(alah.. pantun kanak2...)
tak sedar ke? dari kecik la kita perlu diasuh..
tengok anak2 bangsa lain.. dari kecil diasuh..
kita? melayu? subsidi? UMNO?
tau baca, ingat dalam kepala (kadang2),
tapi tatau amal..
macam Al-Quran, bezakan antara mengaji dengan mengkaji
akhirnya, yang dipertuankan, kafir lakhanat..
lakhanat apa bagi kita yg bergantung harap??

bezakan tanggungjawab, budi dan pengorbanan..
jasa utk dikenang, budi dibawa mati...
budi dibawa mati..
budi dibawa mati..
Mana nak letak keIKHLASan??
si pemberi atau si penerima???
apa itu ikhlas???

kalau aku 'bagi', kau ambil..
jgn kira 'hutang'..
sebab aku tak kira apa pun..

kerana kalau kau 'bagi',
kau jangan kira 'hutang',
sebab aku belajar matematik, ilmu hisab,
bukan utk kira hutang budi, hutang jasa, hutang pengorbanan..
tapi kalau hutang 'emas', selagi hayat dikandung badan..
aku akan bayar...

orang memberi kita merasa,
orang berbudi kita berbahasa..
itu je mampu ku beri..

kau tak ikhlas? kau ungkit?
pergi kau mampus,
kerana jika dan hanya jika,
'hutang' ku itu 'budi' mu,
ku bawa mati..

ikhlas itu ibarat semut hitam yg berjalan diatas batu hitam dimalam yg gelap

Ane, milo ais dan ilham..

"ane, mailowais wonneh.."

dan lalu aku bakar sebatang rokok..
kata2 dari org yg mencari jawapan...

"rokok cha.. mana rokok? itu kertas, itu tembakau, itu gabus... rokoknya mana?"
gabus + kertas + tembakau = rokok la...

begitu juga hidup.. Nama saya Mohd Syaza..
Mana Syaza? MANA SYAZA-nye????
Gabungan anggota, organ dan pancaindera menjadikan aku, aku???
Kenapa kau bukan org laen???
Kenapa aku bukan org laen???
Kita sama, kau ada aku ada..
Kupasan utk mencari siapa diri kita...

aku mencari sejuta Ilham, utk mendapat satu jawapan..
aku mencari jalan terbaik, untuk membezakan nasib dengan tuah..

lalu aku mengACAkan aca..
kalau kau nama Bahari..
kau harus mengBAHARIkan bahari..
kalau kau bernama kassim..
mengKASSIMkan kassim..

jangan cari cinta, jangan cari sayang..
sayang akan hilang, cinta akan pergi..
cari ketelusan hati..
andai ditakdirkan betapanya benci..
masih ada ketelusan hati..