Sunday, April 24, 2011

hutang budi ku bawa mati...

Yang menang takkan dapat semuanya..
yang kalah takkan hilang semuanya..
-Tun Mahathir

Pisang emas ku bawa belayar,
Masak sebiji makan sendiri,
Hutang emas InsyaAllah ku bayar,
Hutang budi ku bawa mati...

HUTANG BUDI BAWA MATI
h u t a n g b u d i b a w a m a t i
i.t.a.m.a.w.a.b.i.d.u.b.g.n.a.t.u.h

kenapa aku ulang? kenapa aku terbalikkan?
mendalam maksudnya, lalu aku pandang dari sudut berbeza..
(alah.. pantun kanak2...)
tak sedar ke? dari kecik la kita perlu diasuh..
tengok anak2 bangsa lain.. dari kecil diasuh..
kita? melayu? subsidi? UMNO?
tau baca, ingat dalam kepala (kadang2),
tapi tatau amal..
macam Al-Quran, bezakan antara mengaji dengan mengkaji
akhirnya, yang dipertuankan, kafir lakhanat..
lakhanat apa bagi kita yg bergantung harap??

bezakan tanggungjawab, budi dan pengorbanan..
jasa utk dikenang, budi dibawa mati...
budi dibawa mati..
budi dibawa mati..
Mana nak letak keIKHLASan??
si pemberi atau si penerima???
apa itu ikhlas???

kalau aku 'bagi', kau ambil..
jgn kira 'hutang'..
sebab aku tak kira apa pun..

kerana kalau kau 'bagi',
kau jangan kira 'hutang',
sebab aku belajar matematik, ilmu hisab,
bukan utk kira hutang budi, hutang jasa, hutang pengorbanan..
tapi kalau hutang 'emas', selagi hayat dikandung badan..
aku akan bayar...

orang memberi kita merasa,
orang berbudi kita berbahasa..
itu je mampu ku beri..

kau tak ikhlas? kau ungkit?
pergi kau mampus,
kerana jika dan hanya jika,
'hutang' ku itu 'budi' mu,
ku bawa mati..

ikhlas itu ibarat semut hitam yg berjalan diatas batu hitam dimalam yg gelap

No comments:

Post a Comment