Wednesday, April 27, 2011

maruah ku maruah mu juga...

demi negara;
ramai nyanyi, tak ramai menghayati...

"negaraku, tanah tumpahnya darah ku..."


demi agama;
tak ramai mengaji, lagi sedikit yg mengkaji...

"Bismillahirrahmaanirrahim.. Alhamdulillahhirobbil aalamin.."


demi bangsa;
kenapa anak melayu ramai tak kredit exam BM?...

Text msg from Merry: Peah, mana awak? Sudah lama saya menunggu?
Text msg from Peah: jup la, aq bwu gwk jew ny, yg kw awal wat pew dowh?


Tidak kata seronok, jauh skali menyukai,
tapi lagi senang aku melihat zahir yg berkurangan..
dari 'maruah batin' yg tergadai...

sendiri punya pun susah jaga..
apatah lagi demi agama bangsa dan negara..

siri motivasi utk diri sendiri...

aku semai piperin dan capsaicin ini
bkn utk kau makan..
aku tak tahu la dunia mu,
tapi dunia ku bkn hanya utk dunia mu..
dan kalau ko rasa cili ku bkn cili mu,
yg ko makan sape suruh???
kau panas, kau kipas...
bukan salahku bila
Saraf trigeminal kau menggila
-aca 26.4.11 1932-

membezakankan; dan ; atau

membezakan antara tuah dan nasib..
menbezakan antara bukan rezeki dan belum rezeki..
membezakan antara propaganda dan spekulasi..
membezakan antara naluri dan emosi..
membezakan ikhlasnya senyuman dan telusnya hati..

tuah bukan rezeki, ikhlasnya senyuman propaganda emosi..

nasib belum rezeki, telusnya hati naluri spekulasi..

secebis kamus diri dalam mengACAkan aca...


Siri Sindiran Sinis Untuk Diri Sendiri (himpunan motivasi diri hari ini)

otak kanan: yang tersurat itu sulit
otak kiri: yang tersirat itu sukar
otak kanan: suluhkan jalan? ku tak punya pelita
otak kiri: kaki terikat disuruhnya berjalan tangan
otak kanan: kan masih punya medula oblongata
otak kiri: pale hotak ko...
otak kanan: vestibular?
otak kiri: yang dari utrikulus dan sakulus tu?
otak kanan: yang sukar itu berat
otak kiri: yang sulit itu kompleks

Ya Allah, aku bersyukur kerana jalan ku berduri,
mengajar aku menjunjung, langit dibumi terpijak...

Sunday, April 24, 2011

hutang budi ku bawa mati...

Yang menang takkan dapat semuanya..
yang kalah takkan hilang semuanya..
-Tun Mahathir

Pisang emas ku bawa belayar,
Masak sebiji makan sendiri,
Hutang emas InsyaAllah ku bayar,
Hutang budi ku bawa mati...

HUTANG BUDI BAWA MATI
h u t a n g b u d i b a w a m a t i
i.t.a.m.a.w.a.b.i.d.u.b.g.n.a.t.u.h

kenapa aku ulang? kenapa aku terbalikkan?
mendalam maksudnya, lalu aku pandang dari sudut berbeza..
(alah.. pantun kanak2...)
tak sedar ke? dari kecik la kita perlu diasuh..
tengok anak2 bangsa lain.. dari kecil diasuh..
kita? melayu? subsidi? UMNO?
tau baca, ingat dalam kepala (kadang2),
tapi tatau amal..
macam Al-Quran, bezakan antara mengaji dengan mengkaji
akhirnya, yang dipertuankan, kafir lakhanat..
lakhanat apa bagi kita yg bergantung harap??

bezakan tanggungjawab, budi dan pengorbanan..
jasa utk dikenang, budi dibawa mati...
budi dibawa mati..
budi dibawa mati..
Mana nak letak keIKHLASan??
si pemberi atau si penerima???
apa itu ikhlas???

kalau aku 'bagi', kau ambil..
jgn kira 'hutang'..
sebab aku tak kira apa pun..

kerana kalau kau 'bagi',
kau jangan kira 'hutang',
sebab aku belajar matematik, ilmu hisab,
bukan utk kira hutang budi, hutang jasa, hutang pengorbanan..
tapi kalau hutang 'emas', selagi hayat dikandung badan..
aku akan bayar...

orang memberi kita merasa,
orang berbudi kita berbahasa..
itu je mampu ku beri..

kau tak ikhlas? kau ungkit?
pergi kau mampus,
kerana jika dan hanya jika,
'hutang' ku itu 'budi' mu,
ku bawa mati..

ikhlas itu ibarat semut hitam yg berjalan diatas batu hitam dimalam yg gelap

Ane, milo ais dan ilham..

"ane, mailowais wonneh.."

dan lalu aku bakar sebatang rokok..
kata2 dari org yg mencari jawapan...

"rokok cha.. mana rokok? itu kertas, itu tembakau, itu gabus... rokoknya mana?"
gabus + kertas + tembakau = rokok la...

begitu juga hidup.. Nama saya Mohd Syaza..
Mana Syaza? MANA SYAZA-nye????
Gabungan anggota, organ dan pancaindera menjadikan aku, aku???
Kenapa kau bukan org laen???
Kenapa aku bukan org laen???
Kita sama, kau ada aku ada..
Kupasan utk mencari siapa diri kita...

aku mencari sejuta Ilham, utk mendapat satu jawapan..
aku mencari jalan terbaik, untuk membezakan nasib dengan tuah..

lalu aku mengACAkan aca..
kalau kau nama Bahari..
kau harus mengBAHARIkan bahari..
kalau kau bernama kassim..
mengKASSIMkan kassim..

jangan cari cinta, jangan cari sayang..
sayang akan hilang, cinta akan pergi..
cari ketelusan hati..
andai ditakdirkan betapanya benci..
masih ada ketelusan hati..