Wednesday, June 29, 2011

...kerana telinga saya tak perlukan kaler

kerana telinga aku tak perlu warna..

kenapa?
sebab NOKIA 1280 dipersoalkan
xde lagu, xde kaler pun,
jauh lg kamera..

tak ikut trend?
apa trend?
aku tanya hang,
mahu atau perlu?

tak boleh BBM?
itu ko punya pasal..
perlu ke aku beli BB semata utk BBM ko?
dari contoh phone aku ni,
itulah kehidupan...

mari saya kongsi cerita,
kisah seorang bapa, anak dan seekor keldai tua,

bapa membawa anaknya mengembara,
anak naik keldai, bapa jln kaki
lalu tiba disebuah kampung..
org kampung pun berbunyi
"celaka punya anak, bapanya disuruh jln kaki"

lalu anaknya turun, bapanya tunggang keldai
meneruskan perjalanan ke kampung seterusnya
"takguna punya bapak", org kampung ke-2 tu berbunyi
"anaknya disuruh jln kaki, dia senang naik keldai"
sambung mereka lagi..

untuk perjalan seterusnya, anak, bapak, keldai, semua jln kaki..
sampai dikampung seterusnya, mengata lagi orang kampung;
"apekebendala anak beranak ni jln kaki.. ada keldai naik la"

oklah, anak beranak naik keldai tersebut utk teruskan perjalanan,
setibanya dikampung ke-4 ada pulak bunyi begini
"manusia zalim, keldai tua ditunggang berdua, apa punya perangai"

ok, sampai sini.. apakah tindakan bapa dan anak tersebut?
anaknya masih terpinga, bapanya senyum tenang;

untuk perjalanan seterusnya, mereka pun pikul keldai tua tersebut,
sampaila ke kampung seterusnya, untuk di kampung ke-5 tersebut,
anda tau la apa yang orang kampung tu kata..

maka baharulah bapa budak tu berbunyi..
"anak ku, sengaja aku buat begini, sebab aca pernah bagitau aku,
bezakan manusia samada org itu betul bodoh, buat bodoh atau
buat-buat bodoh, dan kalau kita rasa kita pandai, tak semestinya
org lain bodoh"
sambung bapanya;
"anakku, itulah manusia.. kita takkan dapat puaskan hati semua
orang, maka pedulikan, kita takkan dapat puaskan hati semua org,
dan semua org takkan dapat puaskan hati kita"

moral of the story;
don't buy people.. berapa banyak wang diperlukan untuk 'membeli'
hati orang lain?

kalau mampu beli pun, berbaloi ke der?????

p/s:
aku tak tau la dunia mu,
tapi dunia ku bukan dunia mu,
lantak la kalo ko rasa
dunia mu itu duniaku,
tapi silap la ko kalo ko rasa
duniaku ini duniamu


tumpang kata-kata mama saya jap:
People are made to be Loved
and Things r made to be Used.
The confusion is in the World
because People are being Used
and Things r being Loved.

Tuesday, June 28, 2011

Lagi... Skali...

Hai,

aku tersenyum hari ni..
dah seminggu aku tak boleh tidur..

serius..
ada la 2 jam terlelap sehari..
selebihnya terkebil-kebil..

Baru 3 hari lepas aku 'menangis',
senak sesak..
tapi,
semalam macam ada sinar harapan..


Kata-kata keramat yang pernah dibisik
Sayup disisi telinga kanan,
"Kadang-kadang, tuhan sorokkan matahari,
lalu berikan kita hujan, sebenarnya
tuhan nak berikan kita pelangi"

Baru 3 hari lepas aku 'menangis',
senak sesak..
hari ini Isra' Mi'raj,
pagi aku dirahmati hujan,
kerana semalam penuh tragedi,
jadi hari ini,
jangan bagi aku 'menangis' lagi..

akan aku tekankan sekali lagi,
sila bezakan antara aku;
bodoh, buat bodoh, atau buat-buat bodoh..

Kerana sekarang makin sesak nafas,
memikirkan semalam yang berlalu,
adakah itu anugerah atau ujian..

p/s: aku tak takut mati,
tapi jgn ada org akan mati ditangan aku

Monday, June 20, 2011

Dengarkan

Dengar tak?
Dengar kan..
Dengar tak?
Dengar akan jeritan batinku,
Dari celah hiruk pikuk realiti..

Sekarang, boleh aku tumpang ketawa?
Atau kamu yang menumpang ketawa?
Ketawa aku kerana apa?
Ketawa kamu kerana apa?

Bila mengangis, tetap sendiri,
Maka ketawa kita kerana apa?

Aku bersyukur kerana kamu ada,
Tolong hargai ketika aku masih ada..

Ya Allah....
Aku mohon ketabahan..
Aku mohon keberkatan..
Aku mohon keampunan..

Drama susah hati

mengintepretasi teori spekulasi..

antara ikhlas, jujur, telus dan tulus...
hanya yang mulus dicari..

antara jahat atau salah,
antara baik atau betul,
biar jahat berniat baik,
jgn baik berniat jahat..

sini ada cerita,
mengenai sang hati mengenali sang hati..
maka wujud teori spekulasi,
perasaan ku tentang perasaan mu,
terhadap perasaan ku..
atau mungkin sebaliknya..

sila bezakan antara..
bodoh, buat bodoh dan buat-buat bodoh,
kerana anda hanya menunjukan kebodohan diri sendiri kepada saya..